Tentang LocalEthereum

LocalEthereum merupakan pasaran rakan ke rakan di mana lebih dari 100,000 pengguna di seluruh dunia membeli dan menjual ETH. Anda bertanggungjawab terhadap dompet dan transaksi anda pada setiap masa, membuatkan ia mudah untuk mengubah mata wang digital anda ke wang fiat dari yang sebelumnya.

Setiap transaksi yang anda lakukan bebas dari kecuaian penjaga dan ketamakan orang tengah. Sebaliknya, anda akan dapat mengawal sepenuhnya transaksi anda pada platform yang disulitkan dari hujung ke hujung yang 100% telus agar anda dan pihak lain tahu di mana mata wang anda sepanjang masa.

Bagaimana LocalEthereum berfungsi

LocalEthereum merupakan perkhidmatan penyenaraian untuk pembeli dan penjual ETH. Penjual dan pembeli dari seluruh dunia boleh menghantar tawaran untuk berdagang ETH melalui pelbagai kaedah pembayaran. Apabila seorang pengguna memberi maklumbalas pada tawaran, pertukaran rakan ke rakan akan dirunding secara langsung antara pembeli dengan penjual.

ETH akan senantiasa dimiliki dan dikawal secara langsung oleh pengguna — yang bermakna kunci peribadi disimpan secara peribadi dan semua mesej dirahsiakan melalui penyulitan hujung ke hujung sama seperti WhatsApp dan Signal. LocalEthereum tidak memegang ETH atau fiat pengguna; ia adalah laman web bebas tangan yang dikenali sebagai aplikasi web terdesentralisasi sendiri. Ini mengekalkan ketanpanamaan dan desentraliti ETH serta pembeli dan penjualnya.

Pendekatan lepas tangan kami merupakan sebab mengapa LocalEthereum kebal dari ancaman yang berkaitan dengan tukaran berpusat (yang telah menyebabkan terlalu banyak kecurian jutaan dolar dan kebocoran data besar-besaran yang tidak terkira). Kami tidak mempunyai mata wang kripto untuk diambil kerana sifat penjagaan kendiri laman web ini dan tidak ada rekod untuk diambil kerana maklumat sensitif disulitkan hujung ke hujung. Pada zaman di mana pelanggaran data besar-besaran dan pengambilalihan mata wang kripto yang tidak begitu menarik perhatian, pengendalian data berharga adalah liabiliti yang berbahaya.

Pasukan antarabangsa kami ada di sini untuk membantu dalam kes pertikaian pembayaran — selain itu, kami tidak mempunyai penglibatan dalam perdagangan rakan ke rakan anda. Pertikaian pembayaran timbul apabila pembeli dan penjual tidak dapat menutup pertukaran rakan ke rakan secara biasa. Dalam kes ini, mana-mana antara kedua pihak boleh memberi kunci rahsia kepada penimbangtara yang membolehkan mereka menyahsulitkan sejarah mesej dan bekerja dengan kedua-dua belah pihak untuk membuat keputusan yang adil. Dengan menggunakan perkhidmatan escrow tanpa penjaga yang dikuasai oleh kontrak pintar Ethereum, penimbang tara mempunyai keupayaan terhad untuk mengarahkan escrow kepada salah satu pihak yang terlibat.

Asal-usul kami

Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh dua peminat mata wang kripto yang lama di Australia, LocalEthereum menggabungkan aspek yang hebat dari platform rakan ke rakan yang lain, seperti LocalBitcoins dan PaxFul, dengan pelbagai inovasi hebat yang telah berlaku, seperti protokol penyulitan hujung ke hujung seperti Signal, disokong secara meluas dalam API mata wang kripto dalam pelayar, dan aplikasi web penjagaan kendiri generasi ketiga.

Tanpa memerlukan ICO, pletform ini telah berjaya menarik lebih dari 100,000 pengguna secara organik sebelum dilancarkan, dan setahun selepas pembangunan yang ketat dengan kewangan yang sempit, versi pertama LocalEthereum memulakan operasi pada November 2017.

Dalam masa beberapa bulan selepas pelancarannya, LocalEthereum membantu orang ramai menukarkan lebih dari US$300,000 sehari. Menjelang akhir tahun 2018, pasaran tersebut telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 pengguna di 130 negara.

LocalEthereum mempunyai pengguna di hampir setiap negara, yang tertumpu di Venezuela, Kenya, India, Rusia, Nigeria, China dan United Kingdom.

Visi kami

Mata wang kripto mempunyai potensi untuk mempercepatkan kebebasan ekonomi global dengan cepat. LocalEthereum sedang membina alat-alat untuk membantu mengangkat komuniti daripada ekonomi yang tidak stabil dan memberi peluang kepada setiap manusia memanfaatkan potensi ekonomi mereka sepenuhnya.

Kami bangga dalam memperkasakan individu dengan meletakkan mereka di kerusi pemandu untuk wang mereka sendiri. Bitcoin dan Ethereum lahir dari keinginan untuk meminimumkan — dan menghapuskan — peranan orang tengah dan institusi kewangan lama dalam interaksi seseorang kepada orang yang lain. Kami membangunkan LocalEthereum berdasarkan idea bahawa pengguna kekal dalam kawalan pada setiap masa.

Salah satu fokus utama kami ialah Venezuela, di mana LocalEthereum membantu orang bebas daripada inflasi yang melarikan diri. Ia adalah perjalanan yang panjang, tetapi kami yakin bahawa Venezuela, dan seluruh Amerika Latin, boleh menjadi contoh kepada dunia selepas ia dibalikkan kepada ekonomi yang mengutamakan blockchain.

Pasukan kami

Ibu pejabat LocalEthereum berada di Melbourne, Australia, namun kami merupakan pasukan pelbagai negara dengan ahli-ahli di Australia, Hungary, Venezuela, Argentina, Ukraine dan Rusia.

Kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan.